thank U Allah

Filed Under (music artis, Peringatan) by abib on 15-02-2011

Tagged Under :

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Sealsever….

Filed Under (ekonomi) by abib on 21-04-2010

Tagged Under : ,

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Domin bermula di namecheap….

Filed Under (bengkel wordpress) by abib on 20-04-2010

Tagged Under : ,

Untuk mendapatkan domin……
Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting

Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Bengkel WordPress berulang lagi….

Filed Under (bengkel wordpress) by abib on 20-04-2010

Tagged Under : , ,

Jika anda berminat untuk mendalami dan menguasai WordPress sebagai platform laman web peribadi dan perniagaan,pelajari  ilmu ini dengan menyertai Bengkel WordPress. Salah satu sebab mengapa WordPress begitu popular ialah kerana keupayaan untuk membina laman web peribadi dan perniagaan dalam tempoh masa yang singkat. Tidak dapat dinafikan kebanyakkan pemilik laman web membina pelbagai jenis laman web peribadi dan perniagaan mereka menggunakan WordPress sahaja

Ingin mengetahui apa yang anda perolehi apabila anda menyertai bengkel ini.boleh klik pada banner di atas.selain itu WordPress menyediakan pelbagai theme percuma yang berkualiti dan setanding dengan theme yang berbayar. Theme merupakan ?kulit? kepada laman web . Tidak perlu membayar pereka laman web untuk membina ?kulit? laman web yang dibina memandangkan ada beribu-ribu theme percuma khusus untuk pengguna WordPress yang boleh anda muat turun dari internet.Hal ini membolehkan  rekaan laman webnya  kelihatan professional dalam masa beberapa minit sahaja. Kandungan laman web  akan diselaraskan dengan theme pilihan  dan ianya akan kelihatan kemas dan menarik tanpa perlu sebarang pengetahuan dalam programming ataupun designing.

Sehinggakan ada yang bertanya berapakah yang belanjakan untuk mendapatkan ?kulit? laman web yang menarik ini. Hakikatnya  hanya menggunakan theme WordPress percuma dan melakukan sedikit modifikasi terhadap theme tersebut. Ya..Ianya percuma dan  pasti  mampu menemui theme yang sesuai dengan laman web yang dikehendaki.

Tidak kurang juga yang masih keliru dan tertanya-tanya bagaimana ingin memiliki laman web WordPress ini. Untuk mendapatkan maklumat boleh diperolehi  melalui enjin carian.Terdapat banyak laman web yang berkongsi keistimewaan WordPress. Namun jika mahu memendekkan learning curve dalam mempelajari WordPress,  amat digalakkan kepada yang  ingin merasakan selepas menyertai Bengel WordPress ini.  terus dapat melihat laman web  yang dibina. Supaya anda tidak ketinggalan dalam menimba ilmu-ilmu berguna dalam membangunkan laman web dengan WordPress secara pratikal kunjungi  ke Atau ingin melihat apakah boous-bonus yang diberi di bengkel ini . Dapatkan  juga info-info percuma yang dapat membantu anda membuka minda dalam  pembinaan laman web WordPress, malahan ada diantara peserta bengkel  sudah memperolehi pendapatan pasif dari blog mereka

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Sedia prippp……

Filed Under (health) by abib on 06-02-2010

Tagged Under : , , , , ,

Belari…. terus belari tapi jangan lari….

Sebelum belari dan terus lari…….. fuhhhhhhh

Mampukah seseorang berlari untuk jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang rendah atau sederhana?Untuk mendapatkan seseorang itu boleh belari berulang alik tanpa henti dalam tempoh tertentu (2 jam)? Jika individu itu berupaya berbuat demikian,.Ini menunjukan individu itu mempunyai daya tahan kardiovaskular yang tinggi.Jika seseorang itu belari dalam keadaan tercungap-cungap maka dikatakan daya tahan kardiovaskular rendah.lalu untuk mempertingkatkan daya tahan ini,  individu itu  perlu mengamalkan aktiviti-aktiviti tertentu bagi mempertingkatkan keupayaan jantung.

Daya tahan kardiovaskulay ialah keupayaan jantung,salur darah dan sisstem respirratori untuk membekal oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti rendah dan sederhana.Untuk melakukan sesuatu latihan kecergasan fizikal yang berterusan tanpa berasa lesu sistem kardiovaskular dan sistem respiratori perlu efisien.

Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular beberapa latihan seperti berjalan pantas, berjogging, berbasikal, berenang dan senamrobik boleh dilakukan.Menggunakan alat kecergasan tertentu seperti cycle ergometer dan treadmil juga dapat meningkatkan daya tahan dardiovaskular.Alatan ini bisanya boleh didapati di gimnasium.Jika mampu dari segi ekonomi kita boleh juga meletakkannya di rumah.

Sebelum melakukan sebarang latihan/aktiviti,Kita perlulah terlebih dahulu melakukan persediaan tertentu.Pilih pakaian dan kasut yang sesuai.Lakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan.Aktiviti ini akan menyediakan jantung, otot-otot dan sendi untuk bekerja.Kemudian lakukan latihan/aktiviti secara progresif mengikut kemampuan diri kita.Melakukan latihan/ aktiviti yang intensif secara mendadak boleh mencederakan otot.Ia juga boleh mengakibatkan jantung terganggu fungsinya.

Esok jam 7.30 pagi satu acara Larian UDA bagi pelajar-pelajar akan diadakan .Sedia dan bersedia jangan tak berlari tapi jangan lari.Tips-tip yang diberi sebagai panduan untuk persedian diri.Yang baik dijadikan teladan.Yang …. tinggalkan beribu kilometer.

InfoKecergasan:
24 jam jantung berdenyut lebih daripada 100,000 kali.,mengepam 7000 liter darah melalui jarak beribu kilometer di dalam salur darah.

Purata denyutan jantung dalam keadaan rehat ialah 60 hingga 80 denyutan perminit.Semasa melakukan aktiviti yang lasak, kadar denyutan jantung bertambah.Dalam keadaan ini banyak karbon dioksida dihasilkan oleh sel-sel dalam tubuh.

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Bangkit ubah sikap…

Filed Under (Education) by abib on 31-01-2010

Tagged Under : , ,

Untuk anak didikku dan ingatan buat diri ku, aduh sudah hampir 3 tahun aku tidak mengajar  subjek opsyenku.aku kena membina diri ku semula dengan mengulangkaji  setiap syllabus yang nak diajar agar apa yang disampaikan dapat diterima dengan sebaik mungkin.Ada sahabat yang menyergah wah kena study baliklah kak? Begitulah nampaknya balasku.

Oh ya sepanjang  sebulan mengajar apa yang nak ditegur adalah sikap pelajar  terhadap kerja  yang diberi kepada mereka untuk di buat di rumah.Apa yang dapat di kaji setelah menanda kerja-kerja mereka, pelajar membuat kerja-kerja yang diberi umpama melepaskan batuk di tangga.Tiada kesungguhan dalam member jawapan pada soalan yang diberi.Dok main jawab seolah-olah sesuka hati sesungguhnya dirasa seperti asal aku buat kerja dan kemudian dihantar pada guru.Padahal soalan tak susah mana. semuanya berkaitan dengan apa yang telah dipelajari.Rujukan untuk mencari jawapan terbentang ada dalam simpanan masing-masing.so…

Bagaimana nak menjadi seorang pelajar yang  berjaya/ individu yang berjaya? setiap individu yang berjaya itu mempunyai imaginasi yang cemerlang. Bina imej-imej kejayaan di dalam minda. Di dalam hati, sematkan kepercayaan yang tinggi bahawa kejayaan itu akan dicapai walau apa jua halangan.Jadi mengapa untuk cemerlang di dalam subject tertentu kita acuh tak acuh dalam melaksanakan tugasan yang diberi.Banyak alasan yang diberi,sedangkan segala kemudahan yang diberi oleh kerajaan dan yang disiapkan oleh ibubapa anda sendiri mencukupi. Oleh itu ingatlatlah anak-anak didikku;  kekadang kekecewaan terasa sangat dihati, bila menyemak hasil kerja anda.Lepas ni  diharap tidak ada lagi yang akan mengecewakan hati  sendiri dan sesiapapun.

Kata perpatah ini diharap dapat menyedarkan buat anak didikku dan diriku sendiri. “Bukan mudah untuk berjaya, tetapi lebih sukar jika gagal dalam kehidupan”. Untuk itu sama-sama kita renungkan.Selepas ini apa yang aku harapkan buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan hasilnya memberi  sinar buat kemajuan diri dan mereka yang disayangi. Inatan ikhlas…

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet.

Filed Under (Education) by abib on 25-01-2010

Tagged Under : , , , ,

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite?
Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.Namun demikian, tahukah  kita laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet  adalah laman web yang berkonsepkan minisite?

Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet.Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.Mengapa perkara ini dikatakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja.Oleh itu minisite sangat  bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja.Memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.

Inilah peluang  menerangkan produk/perkhidmatan dengan jelas dan tepat. Jika belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka perkara ini amat  dicadangkan  untuk  kita segera membina laman web berkonsepkan minisite. Boleh kita gunakan laman minisite ini untuk mendapatkan senarai prospek, menghasilkan jualan, memberi produk untuk didownload.Untuk tindakan yang segera tanpa ragu-ragu,apa kata sila  ke URL berikut untuk maklumat lanjut dan penerangan percuma.

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Percuma tapi berkualiti dan Mari berjimat

Filed Under (Education) by abib on 23-01-2010

Tagged Under : , , , ,

Bagi golongan bawahan. Begitu payahnya meneruskan hidup. Berkerja keras hanya untuk melangsaikan hutang piutang, menyediakan makanan dan pakaian kepada keluarga, mengirim wang untuk memastikan anak yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS tidak tercicir. Hidup anda penuh kesengsaraan. Kisah-kisah indah tentang kekayaan, kejayaan, kesenangan yang melimpah ruah dan kejutawanan adalah kedengaran sungguh jauh dan sayup sekali. Itu bukan untuk anda. Itu adalah dari satu sudut dunia yang lain. Beribu batu dari jangkauan dan tidak mungkin dicapai tangan.

Golongan pertengahan. Ada pula yang mempunyai pekerjaan yang agak baik dan pendapatan yang memuaskan. Cukup semuanya. Hidup selesa dan terperuk di dalamnya. Simptom ini dipanggil ‘comfort zone’ jadi anda tidak rasa perlu untuk menambah apa-apa atau berbuat apa-apa lagi. Anda takut sekali untuk keluar mengembara di dunia yang mencabar ini. Takut gagal. Takut mencuba nasib. Takut dengan suasana baru. Takut memulakan sesuatu. Takut dengan diri sendiri.

Golongan muda. Anda baru memulakan perjalanan dan ingin mempelajari sesuatu dari kehidupan. Risau juga sekiranya anda tersalah jalan. Tersesat jalan. Tersalah pilihan.

Jadi bagi anda yang termasuk di dalam man-mana golongan di atas. Anda memang patut mendapatkan eBook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan di http://www.keajaibanpenjimatan.com/index.php?ref=richabib

Sebuah laporan percuma tapi berkualiti.

Secara ringkasnya, eBook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan tulisan Julmazli Dempollok ini adalah sebuah eBook yang memandang penjimatan dari satu sudut lain, menerangkan fungsi-fungsi penjimatan, faedah dan manfaatnya sehingga barangkali anda mampu menutup kebocoran akibat retak pada tempat-tempat yang sangat kerap mengalirkan wang anda. eBook ini dan dikuatkan lagi dengan sebanyak tiga siri e-kursus pasti akan meminimumkan sebanyak mungkin jumlah wang anda yang bakal keluar.

Saya melihat pakej percuma ini dihasilkan untuk memberitahu mereka yang tidak mengetahui, menyedarkan mereka yang terleka, mengejutkan mereka yang terlena, meluaskan pengetahuan bagi mereka yang ingin terbang lebih tinggi lagi, pengetahuan tambahan untuk mereka yang sudah arif mengenainya dan perkongsian ilmu untuk semua.

Jadi marilah kita sama-sama melihat sudut-sudut keajaiban penjimatan dan bagaimana memegang erat wang anda. Ini bermakna duit yang lebih untuk semua sekeluarga. Anda boleh mendapatkan eBook dan e-Kursus ini dengan melawati http://www.keajaibanpenjimatan.com/index.php?ref=richabib

Sekian dahulu untuk kali ini. Kita berjumpa lagi di post yang akan datang. Sehingga itu, salam kejayaan buat anda.

sila klik banner di bawah ianya percuma apabila anda melakukannya tidak merugikan ……

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

belajar dari guru sebenar dan berpengalaman

Filed Under (Education) by abib on 08-01-2010

Tagged Under : , , , ,

Berguru itu adalah sebaik cara untuk mendapat sesuatu ilmu.Tapi tak semua orang suka berguru.Terpulanglah kerana masing-masing ada matlamat tersendiri dalam mendapatkan ilmu yang dicari.Biasanya berguru itu dikatakan mudah dan cepat untuk kita memahami sesuatu topik yang di ajar.Jika tak faham bolehlah bersoal-jawab secara bertubi-tubi secara langsung tanpa perlu menunggu lama.Biasanya amalan ini dilakukan disekolah.Hingga adakalanya sayangnya seorang guru kepada pelajarnya sanggup buat kelas pemulihan dan kelas tambahan.Wah didikasinya cikgu ni.Tak tetapkan syarat untuk student!. Tapi kalau jadi mentor lagi tinggi dugaan nya.opp…

Guru yang mahir sudah tentu boleh memperbandingkan isi sesuatu buku.
Belajar sesuatu ilmu secara berguru merupakan satu sistem yang paling ampuh dan kukuh.So ingin berguru dalam bidang internet? atau nak buat perniagaan Internet? carilah dan pastikan guru yang anda cari benar-benar berpengalaman dan betul-betul menjalankan perniagaan Internet sebenar.Adakah anda selama ni cuba cuba dan puas mencuba tapi…… so untuk ketepatan hasil lawati ke laman website yang tepat pada bahagian banner yang terpapar.Sila klik banner untuk mendapat maklumat yang terperinci……

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

berlagak bermotosikal ke sekolah;undang-undang

Filed Under (Peringatan) by abib on 03-10-2009

Tagged Under :

Bermotosikal ke sekolah;

amboi! seronoknya dapat gi sekolah menuggang motosikal.kena brand baru belagaklah sikit kita beb…Orit tu tapi di kawasan sekolah satu penetapan  telah dibuat .

Menunggang motosikal perlu ada lesen, bertopi keledar, motosikal perlu lengkap mengikut piawainya seperti ada cermin tepi;kiri dan kanan nombor flat yang jelas depan belakang.Pendek kata mengikut piawai yang dikehendaki.Satu lagi yang paling penting sekarang ni selain yang dinyatakan; motosikal pelajar yang di letak di kawasan sekolah mestilah mempunyai stikes khas yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.dan mesti ditampalkan di badan motosikal yang dapat dilihat dengan jelas.Mana-mana motosikal pelajar tanpa pelekat khas tidak dibenarkan masuk.Usaha ini dibuat merupakan mendidik pelajar bahawa setiap peraturan perlu dipatuhi.Dengan mematuhi peraturan dan berdisplin segalanya  nampak teratur dan setiap perkara berjalan dengan lancar. Hanya mereka yang berdisplin membentuk kejayaan yang dikehendaki.

Peraturan jalan raya mesti dipatuhi .Untuk  menguasainya  maka pelajar yang membawa motosikal ke sekolah mestilah mempunyai lesen motosikal.Jangan kamu ditahan oleh pak polisi kamu tak ada lessen!… teruk nanti kena ke Balai polis, lain cerita pulak.Mintak-mintak menunggang motosikal cantik semuanya cantik.hehehe… tengoklah mat-mat hero ni, gini baru  betul

bertopi keleder

stikes khas/pelekat yang memberi erti motosikal boleh diletak dalam kawasan sekolah

mana topi keleder mat yang lain ok nampak kepala aja!!....


Cancel

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin