Bangkit ubah sikap…

Filed Under (Education) by abib on 31-01-2010

Tagged Under : , ,

Untuk anak didikku dan ingatan buat diri ku, aduh sudah hampir 3 tahun aku tidak mengajar  subjek opsyenku.aku kena membina diri ku semula dengan mengulangkaji  setiap syllabus yang nak diajar agar apa yang disampaikan dapat diterima dengan sebaik mungkin.Ada sahabat yang menyergah wah kena study baliklah kak? Begitulah nampaknya balasku.

Oh ya sepanjang  sebulan mengajar apa yang nak ditegur adalah sikap pelajar  terhadap kerja  yang diberi kepada mereka untuk di buat di rumah.Apa yang dapat di kaji setelah menanda kerja-kerja mereka, pelajar membuat kerja-kerja yang diberi umpama melepaskan batuk di tangga.Tiada kesungguhan dalam member jawapan pada soalan yang diberi.Dok main jawab seolah-olah sesuka hati sesungguhnya dirasa seperti asal aku buat kerja dan kemudian dihantar pada guru.Padahal soalan tak susah mana. semuanya berkaitan dengan apa yang telah dipelajari.Rujukan untuk mencari jawapan terbentang ada dalam simpanan masing-masing.so…

Bagaimana nak menjadi seorang pelajar yang  berjaya/ individu yang berjaya? setiap individu yang berjaya itu mempunyai imaginasi yang cemerlang. Bina imej-imej kejayaan di dalam minda. Di dalam hati, sematkan kepercayaan yang tinggi bahawa kejayaan itu akan dicapai walau apa jua halangan.Jadi mengapa untuk cemerlang di dalam subject tertentu kita acuh tak acuh dalam melaksanakan tugasan yang diberi.Banyak alasan yang diberi,sedangkan segala kemudahan yang diberi oleh kerajaan dan yang disiapkan oleh ibubapa anda sendiri mencukupi. Oleh itu ingatlatlah anak-anak didikku;  kekadang kekecewaan terasa sangat dihati, bila menyemak hasil kerja anda.Lepas ni  diharap tidak ada lagi yang akan mengecewakan hati  sendiri dan sesiapapun.

Kata perpatah ini diharap dapat menyedarkan buat anak didikku dan diriku sendiri. “Bukan mudah untuk berjaya, tetapi lebih sukar jika gagal dalam kehidupan”. Untuk itu sama-sama kita renungkan.Selepas ini apa yang aku harapkan buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan hasilnya memberi  sinar buat kemajuan diri dan mereka yang disayangi. Inatan ikhlas…

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet.

Filed Under (Education) by abib on 25-01-2010

Tagged Under : , , , ,

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite?
Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.Namun demikian, tahukah  kita laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet  adalah laman web yang berkonsepkan minisite?

Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet.Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.Mengapa perkara ini dikatakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja.Oleh itu minisite sangat  bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja.Memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.

Inilah peluang  menerangkan produk/perkhidmatan dengan jelas dan tepat. Jika belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka perkara ini amat  dicadangkan  untuk  kita segera membina laman web berkonsepkan minisite. Boleh kita gunakan laman minisite ini untuk mendapatkan senarai prospek, menghasilkan jualan, memberi produk untuk didownload.Untuk tindakan yang segera tanpa ragu-ragu,apa kata sila  ke URL berikut untuk maklumat lanjut dan penerangan percuma.

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Percuma tapi berkualiti dan Mari berjimat

Filed Under (Education) by abib on 23-01-2010

Tagged Under : , , , ,

Bagi golongan bawahan. Begitu payahnya meneruskan hidup. Berkerja keras hanya untuk melangsaikan hutang piutang, menyediakan makanan dan pakaian kepada keluarga, mengirim wang untuk memastikan anak yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS tidak tercicir. Hidup anda penuh kesengsaraan. Kisah-kisah indah tentang kekayaan, kejayaan, kesenangan yang melimpah ruah dan kejutawanan adalah kedengaran sungguh jauh dan sayup sekali. Itu bukan untuk anda. Itu adalah dari satu sudut dunia yang lain. Beribu batu dari jangkauan dan tidak mungkin dicapai tangan.

Golongan pertengahan. Ada pula yang mempunyai pekerjaan yang agak baik dan pendapatan yang memuaskan. Cukup semuanya. Hidup selesa dan terperuk di dalamnya. Simptom ini dipanggil ‘comfort zone’ jadi anda tidak rasa perlu untuk menambah apa-apa atau berbuat apa-apa lagi. Anda takut sekali untuk keluar mengembara di dunia yang mencabar ini. Takut gagal. Takut mencuba nasib. Takut dengan suasana baru. Takut memulakan sesuatu. Takut dengan diri sendiri.

Golongan muda. Anda baru memulakan perjalanan dan ingin mempelajari sesuatu dari kehidupan. Risau juga sekiranya anda tersalah jalan. Tersesat jalan. Tersalah pilihan.

Jadi bagi anda yang termasuk di dalam man-mana golongan di atas. Anda memang patut mendapatkan eBook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan di http://www.keajaibanpenjimatan.com/index.php?ref=richabib

Sebuah laporan percuma tapi berkualiti.

Secara ringkasnya, eBook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan tulisan Julmazli Dempollok ini adalah sebuah eBook yang memandang penjimatan dari satu sudut lain, menerangkan fungsi-fungsi penjimatan, faedah dan manfaatnya sehingga barangkali anda mampu menutup kebocoran akibat retak pada tempat-tempat yang sangat kerap mengalirkan wang anda. eBook ini dan dikuatkan lagi dengan sebanyak tiga siri e-kursus pasti akan meminimumkan sebanyak mungkin jumlah wang anda yang bakal keluar.

Saya melihat pakej percuma ini dihasilkan untuk memberitahu mereka yang tidak mengetahui, menyedarkan mereka yang terleka, mengejutkan mereka yang terlena, meluaskan pengetahuan bagi mereka yang ingin terbang lebih tinggi lagi, pengetahuan tambahan untuk mereka yang sudah arif mengenainya dan perkongsian ilmu untuk semua.

Jadi marilah kita sama-sama melihat sudut-sudut keajaiban penjimatan dan bagaimana memegang erat wang anda. Ini bermakna duit yang lebih untuk semua sekeluarga. Anda boleh mendapatkan eBook dan e-Kursus ini dengan melawati http://www.keajaibanpenjimatan.com/index.php?ref=richabib

Sekian dahulu untuk kali ini. Kita berjumpa lagi di post yang akan datang. Sehingga itu, salam kejayaan buat anda.

sila klik banner di bawah ianya percuma apabila anda melakukannya tidak merugikan ……

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

belajar dari guru sebenar dan berpengalaman

Filed Under (Education) by abib on 08-01-2010

Tagged Under : , , , ,

Berguru itu adalah sebaik cara untuk mendapat sesuatu ilmu.Tapi tak semua orang suka berguru.Terpulanglah kerana masing-masing ada matlamat tersendiri dalam mendapatkan ilmu yang dicari.Biasanya berguru itu dikatakan mudah dan cepat untuk kita memahami sesuatu topik yang di ajar.Jika tak faham bolehlah bersoal-jawab secara bertubi-tubi secara langsung tanpa perlu menunggu lama.Biasanya amalan ini dilakukan disekolah.Hingga adakalanya sayangnya seorang guru kepada pelajarnya sanggup buat kelas pemulihan dan kelas tambahan.Wah didikasinya cikgu ni.Tak tetapkan syarat untuk student!. Tapi kalau jadi mentor lagi tinggi dugaan nya.opp…

Guru yang mahir sudah tentu boleh memperbandingkan isi sesuatu buku.
Belajar sesuatu ilmu secara berguru merupakan satu sistem yang paling ampuh dan kukuh.So ingin berguru dalam bidang internet? atau nak buat perniagaan Internet? carilah dan pastikan guru yang anda cari benar-benar berpengalaman dan betul-betul menjalankan perniagaan Internet sebenar.Adakah anda selama ni cuba cuba dan puas mencuba tapi…… so untuk ketepatan hasil lawati ke laman website yang tepat pada bahagian banner yang terpapar.Sila klik banner untuk mendapat maklumat yang terperinci……

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Perpaduan Kaum

Filed Under (Education) by abib on 30-08-2009

Tagged Under :

Kepentingan Perpaduan Kaum

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara  yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan.Namum,persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia.Tambah pula,aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia.Oleh sebab itu,setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam hal ini,perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik.Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat  perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia.Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan  bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan  Iskandar (WPI).Oleh itu,perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu’ pucuk dicta,ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.

Seperkara lagi,perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia .Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri  daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya  terdiri daripada bangsa Melayu,Cina dan India yang mempunyai pelbagai adapt resam,agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu.Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman,Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta.Kini,sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi.Melalui perpaduan dan keharmonian,Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia.Tambahan pula,ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya  mencetuskan keharmonian negara,

Dalam nada yang sama,perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia.Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2,Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970,beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu  satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.Impak positif daripada formulasi ini,wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan.Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar.Intihanya,usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.

Akhirulkalam,tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama.Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa,maupun budaya.Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata ‘ bersatu teguh,bercerai roboh’ dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

budi…. budi…nilai ukuran budi bagaimana???

Filed Under (Education) by abib on 20-08-2009

Tagged Under : , , , , , ,

budi!..
budi bahasa!…
budi pekerti!…
hidup berbudi!…
membalas budi!… dan mengenang budi

- Budi dikatakan struktur yang membimbing dan menghubung setiap anggota masyarakat, bangsa dan negara.Budi juga adalah orientasi nilai yang mengukuhkan setiap bangsa tiada orientasi ini, batas-batas kehidupan akan runtuh dan bangsa tersebut akan kehilangan daya ikatan yang menghubungkan mereka.
- Budi bahasa adalah salah satu aspek peribadi individu yang dinilai tinggi oleh masyarakat.Peribadi tersebut terserlah dalam pertuturan dan pemilihan kata-kata yang digunakan. Bahasa yang diucapkan sentiasa teratur,indah,tepat,baik dan benar.
- Budi perketi ialah perlakuan atau tingkahlaku seseorang,yang dinilai dari sudut baik dan buruk;termasuk tertib dan sopan,menghormati orang yang lebih tua, memberi salam dan menjaga tuturkata.
- Hidup berbudi – merupakan suatu fitrah,semulajadi,suatu hukum atau peraturan alam atau sunnatullah yang tidak dapat dielakkan,malah mesti dilakukan.Tindakan sebegini dinamakan budi-bicara.
- Membalas budi dan mengenang budi dinilaikan suatu ukuran yang tinggi dalam masyarakat.Individu yang tidak mengenang budi,malah yang memberikan balasan yang negatif kepada orang yang yang telah berbudi kepadanya,umpama kacang lupakan kulit,atau diibaratkan diberi bunga dibalas tuba.Budi sedikit tak kunjung hilang,menjadi kenangan bertahun-tahun.ungkapan ini; Hutang emas boleh dibayar, hutung budi dibawa mati adalah popular dalam membicarakan soal berbudi dan mengenang budi.Walaupun memberi budi dikatakan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan,namum secara praktis mempunyai konotasi “mengharap” dan “memerlukan” balasan.Balasan itu tidak semestinya sebagai ganjaran material, tetapi cukup dengan ucapan terima kasih dan seterusnya mengenang siapa yang berbudi dan yang telah memberi budi, bukan saja sepanjang hayat,bahkan dari dunia hingga ke akhirat;
Demikialah nilai yang diberi pada budi,budi selalu saja dirujuk sebagai unsur penting dalam jalinan budaya,minda dan peribadi manusia.
oh ya! suka juga aku catat kan berberapa pantun yang berkaitan dengan budi buat tatapan bagi mengingati suku sakat pantun budi. Pantun Melayu;
Yang kurik kundi
Yang merah saga
Yang baik budi
Yang indah bahasa

Cantik sungguh halia suasa
Tanam ia di tepi jalan
Hidup kita berbudi bahasa
Banyaklah sahabat,handai dan taulan

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja ditepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Hari hujan naik ke sampan
Dari kuala patah kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Burung empat disangka enam
Ibunya lari membawa sarang
Sakit diubat mati ditanam
Itu budi dikenang orang

Ikan berenang di dalam lubuk
Ikan belida datangnya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat siri pulang ke gagang

Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Penat sudah bertanam padi
Nanas juga ditanam orang
Penat sudah menanam budi
Emas juga dipandang orang

Bagiku dalam membalas budi jika tiada apa-apa benda dapat diberi balasannya hanyalah dengan sebuah senyuman ikhlas serta lafas terima Kasih!. Terima kasih kepada yang sudi membaca artikel ni dan jangan lupa beri komen.Terima kasih sekali lagi.

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

senamrobik mempromosikan gaya hidup sihat

Filed Under (Education) by abib on 19-08-2009

Tagged Under :

Senamrobik yang dapat sambutan menggalakan dikalangan masyarakat juga dijadikan medan pertandingan.Pertandingan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori umur;

i.   15 hingga 18 tahun
ii.  19 hingga 35 tahun
iii. 36 hingga 49 tahun
iv.  50 hingga 60 tahun

senaman robik  kesukaan kamu atau kebencian?terpulanglah kepada selera masing-masing,tapi di sini tidaklah nak diperdebatkan.Kadar menyambung info yang ditambah bagi tatapan pengemarnya.”Ke Arah Masyarakat Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu” Teringat rakan-rakan yang sama-sama di kursus Asas Instruktur Senamrobik.

lama tak tanya kabor! semuga anda semua success dibidang masing-masing.

BIL

PERGERAKAN KAKI

PERGERAKAN TANGAN

1. March/ Bergerak Setempat Bicep curl /Bengkok tangan ke depan
2. Heel Touch/Sentuh hujung kaki ke depan Shoulder Press/Luruskan tangan ke depan paras dada
3. Toe Touch/Sentuh hujung kaki ke depan Shoulder Press /Luruskan tangan ke atas dari paras bahu
4. Side Tap /Sentuh kaki ke sisi satu persatu Pec Dec /Bengkokkan tangan ke paras bahu dan bawa ke depan
5. Knee Lift /Angkat kaki dan bengkokkan lutut satu persatu Side Lateral Raise /Gerakkan tangan ke sisi  secara bertentangan arah
6. Leg Lift / Angkat kaki ke depan huruf V Up right Row /Bengkokkan tangan k hadapan dan di gerakkan atas dan bawah
7. Step Touch / Bergerak ke sisi Front Raise/Gerakkan tangan ke atas
8. Leg Curl /Bengkokkan kaki ke belakang
9. Double Step Touch / Gerak 2 langakah ke sisi
10. Grapevine /Gerak ke sisi 2 langkah (dan silang kaki ke belakang semasa  melakukan langka ke dua)
11. Walk (fwd/bwd) /Berjalan ke depan atau ke belakang
12. V step /langkah ke depan membuat bentuk huruf V
RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Senamrobik haram ke???

Filed Under (Education) by abib on 07-08-2009

Tagged Under : ,

Senamrobik adakah haram dilakukan? atau gerakannya menjerus kepada bunga2x ke maksiatan!!!…
Pelajar mengadu ustazah tak benarkan kelasnya melakukan senamanrobik!… apa ke hel?… Apatah lagi memasuki pertandingan senamrobik antara kelas-kelas (pertandigan ini khusus untuk pelajar perempuan sahaja)tertutup untuk kelas dot dot aja!atau semua kelas?

Adakah senamrobik ini haram? aku taklah sepandai ustazah ni!!!pasal hukum,hoo.. persoalan ini telah dikacau bilau atau nak dijadikan satu issu? Bagi aku apa yang kita buat atau menurunkan ilmu kepada pelajar/ kepada seseorang mestilah berlandaskan apa niat kita sebenarnya.Kalau setakat buat gempak nak sesuatu yang dibuat menjadi hot line / menjatuh seseorang,kirim salam ajalah.Kenapa tak jumpa terus dengan guru yang mengajar senamrobik tu? Kenapa mesti ada perantaraan (si pelajar) dok kata “kami tak di benarkan untuk melakukan senamrobik”
Suka di sini untuk aku menyatakan senamrobik (group fitness) adalah gerak latihan yang menggunakan muzik.Latihan bagi senaman ini dikombinasikan dengan pergerakan kaki dan tangan dan pergerakan mensasarkan kepada otot besar.Tujuannya untuk mencapai kadar nadi optima( Target heart rate ) sesuai dengan umur dan tahap kecergasan seseorang.

Di dalam aktviti senamrobik yang dilakukan terdapat beberapa pergerakan yang menjadi asas kepada pergerakan yang lainnya.Kebolehan didalam mengklasifikasikan pergerakan asas dan kemudian menambahkan elemen variasi adalah satu langkah ke tahap profesionalisme seseorang itu.Ini akan menjadi kelas senamrobik itu menarik.Koreografi yang kreatif boleh wujud daripada pergerakan asas yang mudah.Terdapat 4 pergerakan asas yang boleh diklasifikasikan:-
1.March / bergerak setempat.
2.Tap / sentuh dengan hujung kaki atau tumit kaki.
3.Lift / Angkat kaki
4.Step touch / bergerak selangkah ke sisi
dan kategori pergerakan asas senamrobik terbahagi kepada 3 bahagian
1.Aerobik Impak Rendah
2.Aerobik Impak Tinggi
3.Tiada Impak

Rasanya setakat ini aja serba ringkas apa itu senamrobik.Nak tahu lebih mendalam boleh cari dicarian google.Kus semangat banyak cerita senamrobik ni, kaji dan buat analisis baru band orang lain.Tapi apa-apa hal betulkan niat kita terutama dalam menuntut ilmu.Nak tahu cerita tentang kesihatan tunggu aku tulis satu niche pasal health aja, nanti ada senamrobik!… agaknya.
ha ha ha atang untong ke komen pengajaran kawan? anak buah ku cari kecemerlangan di dalam kerja groupnya bagi “group fitness” ho ho ho Tahniah atas usaha yang anda tunjuk dan berikan.Dalam masa menuntut ilmu ni jalan lupa berdoa

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

ilmu jangan ditembak aja!..

Filed Under (Education) by abib on 03-08-2009

Tagged Under : ,

Pn.Insp Kadet Fokus

Di dalam berniaga, keuntungan merupakan satu matlamat utama perniagaan. NAMUN di sebalik itu, kepuasan hati pembeli harus juga dititik-beratkan walaupun terkadang ia satu perkara  yang sukar untuk dipenuhi. Etika JUAL BELI begitu penting sebenarnya; memenuhi kehendak pelanggan itu penting.Umpama seorang guru di sekolah mereka memberi ilmu kepada pelajarnya kepada 100% kerana seorang guru yang berjiwa guru tulen amat suka pelajarnya mendapat kejayaan yang maksimum dengan nilai-nilai murni diinterapkan.Bidang perniagaan internet, begitu banyak panduan.Antaranya e-book, video, berbengkel,seminar dsbnya.Jika kita Sebagai seorang usahawan memang boleh berbangga dengan hasil jualan puluhan atau ratusan ribu ringgit daripada pelancaran itu dan ini. NAMUN, sejauh manakah kejayaan para pembeli yang membeli product kita?Adakah kita mengambil kira?Yang sedapnya sebelum jadi jual beli ke main lagi? tapi bila timbul soalan yang banyak dari pembeli sebab tak faham itu dan ini.Cenkadak pulak taukeh!Sila tolong tanya soalan yang ada dalam pakej aja!… walaupun sebenarnya ada soalan yang ditanya berkaitan kepada pakej yang memberi arah ke jalan kejayaan. Adakah taukeh tak suka pembelinya berjaya!Apa-apa hal aku suka berguru dan sangat menghormati guru! itu yang di ajar oleh guruku dan orang tuaku! Kejayaan yang sebenar di dalam perniagaan adalah apabila pembeli atau pelanggan kita telahBERJAYA menyelesaikan masalah mereka atau telah berjaya memenuhi keperluan mereka setelah merujuk panduan yang diberikan. Atau sekurang-kurangnya mereka dapat maju selangkah ke hadapan.. Usahawan yang tulen bukan hanya mahu keuntungan semata-mata, tetapi juga amat sensitif dan peka dengan masalah para pelanggannya.

Dalam apa-apa hal sama-sama berjaya meraih kejayaan merupakan sesuatu yang manis untuk dikenang.Tapi jangan lupa untuk berusaha mensearch dan melakukan postmortum.Aku teringat ada sesorang menetapkan syarat bila nak berguru dengannya. Ada sebablah tu??? Jangan pulak terasa newbie.Guru tulen pernah mengajar anak muridnya yang zero knowledgenya. Dr. kenali “potensi diri” untuk kebahagian,kesihatan & kejayaan tanpa langgar dinding setelah melanggarnya bertahun-tahun.Carilah mentor.(Mentor mengikut bidang yang nak dicebori).Heh wa macam rancangan tunjuk ajarku sifu pulak.Kat sekolah  peperiksaan PMR dan SPM semakin hampir, Program mentor mentee berjalan tak cikgu cikgee!… Untuk dapat ilmu jagan main tembak aja anak-anakku….
Apa-apa hal Aku suka juga baca Petikan dari kata-kata John Reese ni:
“Don’t Sell To A Market… SERVE IT! When most entrepreneurs set out to make money in a new business they always think, “What will I sell?” Then they do some research and usually discover what people are buying. Then they try to find a supplier for that item so they can sell it too…Then they set out to sell as much of that item as possible. Selling that item is their one and only focus.While this ‘method’ has worked in the past, it’s not going to work much longer.”

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Bulan Syaaban

Filed Under (Education) by abib on 28-07-2009

Tagged Under : , ,

Bulan Syaaban

Usamah bin Zaid ra berkata: Aku bertanya Rasulullah tentang bulan Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat sebagaimana beliau berpuasa dalam bulan Syaaban. Baginda menjawab: Bulan yang banyak manusia yang lalai dan padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan Syaaban akan diangkatkan segala catatan amalan hamba kepada Allah swt. Dengan itu aku amatlah suka supaya diangkatkan segala amalanku ketika aku sedang berpuasa. (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa’i)

Sya’ban Persediaan Di Ambang Ramadhan

Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah s.w.t menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w di mana Baginda akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Dalam makna yang lain Baginda Nabi s.a.w memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah s.w.t, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

2. Bertaubat dan beristighfar

3.Memperbanyak zikir dan berdoa

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban

Diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Allah sentiasa melihat kearah semua makhluknya pada malam nisfu sya’ban lalu mengampunkan semua makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang bermusuhan”. Selain itu, pada malam Nisfu Sya’ban terdapat satu peristiwa yang berlaku dalam tahun ke 2 Hijrah iaitu peralihan kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Baginda Rasulullah telah mengimpikan dalam dirinya supaya dia dapat mengadap kearah kiblat bapanya Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang telah membina rumah Allah itu. Dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pewaris dan pengikut agama Nabi Ibrahim,Oleh yang demikian, perbanyakkanlah amalan pada bulan ini dengan ikhlas. Mudah-mudahan segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t

pastikan kita memperbanyakkan amalan dibulan syaban ini.Jangan asyik mengira2 apa busniees nak buat kat bulan puasa aja?Maklumlah bazar ramdhan akan tumbuh bak cendawan, pelbagai bazaar, ada yang menjual aneka kuih muih, ayam percik, kerang bakar, nasi ayam dan aneka juadah. Maklumlah nak cari duit bagi persiapan hari raya. Kini pun ada yang dah sibuk-sibuk promot kuih raya.Para Blogger promote apa?

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin