Merdeka! Merdeka! Mederka!

Filed Under (event) by abib on 31-08-2009

Tagged Under :

Merdeka! Merdeka! Mederka!

Saban tahun kita akan menyambutnya, ya tanggal 31 Ogos pasti  akan datang.Syukur kehadrat  Allah s.w.t kerana kita masih dipanjangkan umur di hari sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun ini.Tidak ada artikel-artikel nak ku panjang lebarkan untuk post kemerdekaan ini.

Tahun ini kemerdekaan mengingatkan aku bahawa umur ku makin bertambah.Mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang sempurna dan dipanjangkan usia dapat berjumpa diblog mencoretkan cerita.Diharap di usia yang bertambah ini, pertambahan ilmu yang berguna juga akan bertambah hendaknya. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke 52…

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Merdekanya Bila Cuti Sekolah!…

Filed Under (event) by abib on 22-08-2009

Tagged Under : ,

cuti sekolah bermula 22/8 – 31/8 terasa merdekanya bila cuti sekolah,begitulah yang dirasai oleh warga pelajar mahupun warga guru.Sempena cuti kali ini selamat datang Ramadan dan bakal selamat datang kemerdekaan kali ke 52.

Ramadan yang sudah pasti datang kali ni sempena cuti sekolah,ada ibu bapa mengambil kesempatan membawa anak-anak bercuti dan berpuasa di kampong halaman sambil menjengok orang tua masing-masing.Di harapkan Ramadan kali ini memberi peluang seluas-luasnya kepada  pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.ini ditujukan khas kepada pelajaran yang bakal menduduki peperiksaan SPM kerana naik cuti mereka akan menduduki peperiksaan percubaan SPM. O!kay… ingat pesanan guru kau orang.

Bulan Ramadan sangat istimewa.Keberkatan dan rahmat Allah memenuhi bulan ini.Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan sehingga ia sentiasa di tunggu-tunggu kehadirannya oleh semua umat islam.Kehadirannya hendaknya dilaksanakan dengan penuh keimanan dan pengharapan agar segala dosa-dosa yang terdahulu diampunkan.

Pengisian sebulan Ramadan hendaknya mengikut kehendak amal ibadat yang dituntut, janganlah berpuasa dan beribadat tu dilakukan mengikut adat masyarakat turun temurun.Di bulan yang mulia ini disamping mengutamakan ibadat fardu,siang berpuasa,malam bersoalat sunat Tarawih,bertadarus al-Quran,berzikir,bersedekah dan iktikafdi masjid.
Puasa bukan saja menahan dari kelaparan,tapi Sewaktu berpuasa kita hendaklah menjaga etika puasa.Seluruh anggota badan kita seharusnya turut berpusa,begitu juga dengan hati.Janganlah di bulan puasa ada diantara kita tidak menjaga lidah,dengan sewenang-wenangnya menuturkan kata-kata keji atau mengumpat.Jangan disebabkan kita tidak meninggalkan percakapan keji itu hingga tiada kelebihan (pahala) untuk amalan yang dilakukan.
Sebagai intihanya,jadikanlah Ramadan ini sebagai bulan memantapkan iman untuk meraih kecemerlangan dunia dan mendapat kebahagian di akhirat.
P/S:
Nasihat dari kementerian Kesihatan Kemerdekaan kali ini perhimpunannya secara besar-besaran dielakan memandangkan penularan wabak selsema babi (H1N1) yang semakin meningkat.Ibu bapa juga risaukan penglibatan anak-anak mereka dalam perhimpunan besar-besaran lantaran H1N1.Kenyataan pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO)berkata Perhimpunan besar akan memudahkan jangkitan virus ini.Wah! betul-betul merdeka kau orang kali ini.Merdeka! Merdeka! Merdeka di cuti sekolah! aku tahu kau orang sebelum merdeka telah pun menjalur gemilangkan kelas dengan hiasan bendera jalur gemilang.kempen-kempen mengingati kemerdekaan telah dijalankan oleh panitia sejarah sekolah.Mudah-mudahan apa yang dibuat menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan pelajar walau sambutan kemerdekaan di sambut kamu masih bercuti.Tunggu dan sambut kemerdekaan temanya 1Malaysia tetap akan disambut.

Ingatan: Cikgu cikge cuti, cuti juga; peperiksaan PTK jangan lupa.Contoh Solan PTK DG44 Kokurikulum tak jumpa lagi la!

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

hari bapa

Filed Under (event) by abib on 21-06-2009

Tagged Under : , , ,

Hari bapa  June 21 : Hayati Video ini beri pandangan anda.

Untung yang masih ada bapa.Hormatilah bapa anda. Bagiku Al-Fatihah untuk arwah bapa dan bapa mertua ku. Untuk anak-anakku hormati abah. Kenang jasa abah yang telah membela kamu hingga kamu dapat menjejak kaki ke universiti.Good luck for abah. Kami semua sayang abah.


RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

16 Mei Hari Guru

Filed Under (event) by abib on 16-05-2009

Tagged Under : , , , ,

happy teacher's day Pictures, Images and Photos

Hari ini 16 Mei, seluruh warga pendidik akan menyambut perayaan Hari Guru.Hari untuk menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan pendidik yang banyak berjasa membangunkan bidang pendidikan negara dan menjadikan rakyat sebagai insan berilmu dan bertamaddun.Tahun ini hari guru jatuh pada hari sabtu, oleh itu sambutan diperingat sekolah akan diadakan pada hari Isnin 18 Mei.

Beberapa dekad yang lalu,peranan guru bukan sahaja setakat di sekolah,guru dijadikan tempat merujuk dalam serba serbi kehidupan harian.Guru dijadikan idola dan punca ilham oleh masyarakat. Begitu hebatnaya profesion perguruaan ketika itu. Bagaimana dengan dekat ini?Hanya mereka yang berada di bidang ini merasai keadaan yang wujud. Wahai para guru bangkit teruskan perjuangan dalam mendididk anak bangsa; oleh itu bagi mengenang jasa dan pengorbanan mu guru, pengisytiharan 16 Mei tarikh keramat buat semua guru dariku terimalah “Selamat Hari Guru” kepada semua guru di Malaysia.

Menyentuh profesion ini, kini dikatakan satu profesion pilihan terakhir dikalangan para graduan.Apakah mereka menjadi guru kerana tiada kerja lain?Apakah yang menjadi guru dialiran kegawatan ekonomi, guru mempunyai pendapatan terjamin?Adakah mereka menjadi guru di atas minat dan keinginan menjadi seorang guru yang tulen?Adakah guru di zaman era 70 an dan masih berada di sekolah-sekolah dengan guru di era teknologi berbeda?Adakah profesion ini, tidak mengambil kira pengalaman seseorang guru itu? Semua persoalan itu terletak pada diri individu guru itu. Apa pun persoalan yang diperkatakan di atas profesion guru, yang penting wahai para guru kembalikan keunggulan profesion perguruan di landasannya.

Istimewa buat rakan taulan yang menjadi guru, aku tetap menyokong profesionmu dan acap kali ku ucapkan Selamat menyambut hari guru .Untuk tatapan bacalah puisi ini;

‘ Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya bermula oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Usman Awang

Bagiku, aku suka sangat dengan puisi ini.

Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

Tema hari guru
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
© 2009 – Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jumpa aku di event hari guru peringkat sekolah: Event

mutiara kata:

“Kesabaran bukan berertinya tiada perasaan. Kesabaran ialah kesanggupan mengendalikan perasaan ketika sedih menimpa.”

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

lagu untuk ibu

Filed Under (event) by abib on 12-05-2009

Tagged Under :

Hari – hari biasa juga merupakan hari ibu! Untuk semua anak-anak! hari-hari biasa yang bukan jatuhnya pada tanggal 10 mei, juga nerupakan hari ibu.So bagi aku hari ibu sentiasa hidup saban hari.Anak-anak ingatilah ibumu sentiasa.Hormati ibumu agar keberkatan diperolehi.Ingat ibu selalu selagi hayatnya masih ada.Doakan ibumu, mudah-mudah doamu dierima Allah.Takala anak-anak mempunyai hajat yang baik, jangan lupa minta ibu doakan.Biarlah Ibu sentisa dihati.Bagi kaum ibu jadilah ibu yang berani memegang tanggungjawab yang telah diamanahkan, mudah-mudah anak-anak ibu menjadi insan yang cemerlang dan gemilang serta kuat amanahnya kepada agama dan bangsa.

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Hari Jururawat 12mei

Filed Under (event) by abib on 12-05-2009

Tagged Under : , , ,

nurse Pictures, Images and Photos

Selamat Hari Jururawat 12 Mei.

Hari Jururawat disambut seluruh dunia setiap 12 Mei. Tarikh itu dipilih sebagai mengenang tarikh lahir Florence Nightingale iaitu 12 May 1820. Masih tak terlambat rasanya aku nak mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada sume jururawat di Malaysia,sempena hari jururawat sedunia pada hari ini.

Kepada semua rakan jururawat yang pernah berkursus student nurse di Johor Bahru bersama aku tahun 1978, aku ucapkan selamat menyambut hari Jururawat jua, moga hari ini dapat memperbaharui azam dan memperteguhkan tekad untuk memberi sumbangan khidmat murni kepada pesakit dan kepada pembangunan negara.

Rakan sekolahku, Hai!… Supinah di Pahang, Rahmah di Hospital Sultan Ismail dan Fatimah di sekolah latihan Jururawat, special untuk rakan semua teruskan tanggungjawab dan selamat menyambut hari jururawat.

Selamat Hari Jururawat.!….

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

selamat hari ibu

Filed Under (event) by abib on 10-05-2009

Tagged Under : , ,

Selamat hari ibu today! 10/5/2009.

Pada semua ibu “Happy mother day” kepada anak-anak janganlah kau lupa jasa ibu.Ucapkan selamat buat ibu tercinta sempena hari ibu pada hari ini.Bertemulah ibu! Beruntunglah bagi mereka yang masih  mempunyai ibu.Untuk ibu doakan kesejahteraan nya. Amin.Al-fatihah kau berikan untuk ibu yang sudah tiada.

sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Jawab baginda, “Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusn. Oh ya! Bagi yang melengah-lengah menzirahi ibu luangkan masa untuk ketemu ibu.Jangan jadikan alas  atas kesibukan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin