thank U Allah

Filed Under (music artis, Peringatan) by abib on 15-02-2011

Tagged Under :

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

berlagak bermotosikal ke sekolah;undang-undang

Filed Under (Peringatan) by abib on 03-10-2009

Tagged Under :

Bermotosikal ke sekolah;

amboi! seronoknya dapat gi sekolah menuggang motosikal.kena brand baru belagaklah sikit kita beb…Orit tu tapi di kawasan sekolah satu penetapan  telah dibuat .

Menunggang motosikal perlu ada lesen, bertopi keledar, motosikal perlu lengkap mengikut piawainya seperti ada cermin tepi;kiri dan kanan nombor flat yang jelas depan belakang.Pendek kata mengikut piawai yang dikehendaki.Satu lagi yang paling penting sekarang ni selain yang dinyatakan; motosikal pelajar yang di letak di kawasan sekolah mestilah mempunyai stikes khas yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.dan mesti ditampalkan di badan motosikal yang dapat dilihat dengan jelas.Mana-mana motosikal pelajar tanpa pelekat khas tidak dibenarkan masuk.Usaha ini dibuat merupakan mendidik pelajar bahawa setiap peraturan perlu dipatuhi.Dengan mematuhi peraturan dan berdisplin segalanya  nampak teratur dan setiap perkara berjalan dengan lancar. Hanya mereka yang berdisplin membentuk kejayaan yang dikehendaki.

Peraturan jalan raya mesti dipatuhi .Untuk  menguasainya  maka pelajar yang membawa motosikal ke sekolah mestilah mempunyai lesen motosikal.Jangan kamu ditahan oleh pak polisi kamu tak ada lessen!… teruk nanti kena ke Balai polis, lain cerita pulak.Mintak-mintak menunggang motosikal cantik semuanya cantik.hehehe… tengoklah mat-mat hero ni, gini baru  betul

bertopi keleder

stikes khas/pelekat yang memberi erti motosikal boleh diletak dalam kawasan sekolah

mana topi keleder mat yang lain ok nampak kepala aja!!....


Cancel

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Keluar ikut pintu atau tingkap? Pilihlah!…

Filed Under (Peringatan) by abib on 29-08-2009

Tagged Under : , , ,

amboi, boi, boi, tidur gi.Keluar ikut pintu atau tingkap?

Keluar ikut pintu maknanya bersalinan normal,dan ikut tingkap menandakan bayi dilahirkan secara pembedahan.Bagi kebanyakan wanita yang mengandung memilih bersalin secara pembedahan adalah pemlihan yang terakhir.Walaubagaimanapun ada juga wanita yang hamil memilih untuk melahirkan anak secara pembedahan,terutama yang inginkan tempahan tarikh lahir yang diinginkan’tarikh lahir cantik’;contohnya 09/09/2009. atau ada yang mempercayai tarikh lahir tertentu mempunyai Ong atau tuah dalam kehidupan seseorang bayi itu.
Kaedah pembedahan /dikenali Caesarean adalah melahirkan bayi melalui dinding abdomen dan rahim yang dilakukan apabila ada risiko ke atas bayi atau ibu itu
sendiri jika bersalin secara normal.
Pembedahan bersalin boleh dibahagikan kepada 2 jenis
1. Elektif – pembedahan dirancang dari awal.
2. Kecemasan.
Antara penyebab pembedahan elektif dilakukan adalah disebabkan:
a. Masalah plasenta previa iaitu kedudukan uri di bawah rahim,berhampiran saluran kelahiran yang boleh mengakibatkan wanita bersalin awal atau berlaku pendarahan.
b. Kedudukan bayi songsang atau melintang apabila dekat tarikh melahirkan.
c. Mengandung anak kembar.
d. Masalah kesihatan yang boleh menjadikan buruk jika bersalin normal seperti darah tinggi,kencing manis yang tak terkawal atau sakit jantung.
e. Ibu yang dapat jangkitan yang boleh diberi kepada anak jika bersalin secara normal.
f. Ibu yang pernah bersalin secara pembedahan dan berdepan masalah sama.atau doktor bimbang parut pada rahim akibat pembedahan lalu akan pecah atau koyak.
g. Atas keinginan atau kehendak wanita dan pasangan berdasar sebab tertentu.Di sini doktor akan menerangkan kekurangan dan kelebihan bersalinan secara bedah. Setelah pasang itu faham kedudukan sebenar dan boleh menerma risiko yang mungkin dihadapi barulah pembedahan itu dilakukan.Prosedur perjanjian juga dilakukan.

Penyebab disebabkan Kecemasan:

a. Proses kelahiran terlalu perlahan atau berhenti.

b. Bayi lemas

c. Wanita yang menunjukkan tanda bersalin sebelum tarkh yang didijangka.

d. Bayi yang menunjukkan tanda tertekan seperti degupan jantung terlalu cepat atau perlahan.

e. Masalah plasenta atau tali pusat yang boleh membahayakan bayi.

f. Bayi terlalu besar untuk dilahirkan secara normal,bisanya berat bayi melebih4 kilogram

g. kemalangan.

Apakah komplikasi bersalin secara bedah:
walaupun perubatan moden mempunyai kemudahannya dan pembedahan dapat dilakukan dengan selamat,namum ia masih ada komplikasi.Komplikasi- komplikasi yang mugkin berlaku antaranya ialah:
a. Kesan ubat bius(terutama yang menerima bius penuh atau menyeluruh)
b. Risiko berlebihan ubat bius (biasanya pada wanita yang terlalau gemuk yang diberi bius menyeluruh)
c. Janagkitan pada luka pembedahan.
d. Luka pada organ bersebelahan rahim.
e. Kehilangan banyak darah.
f. Mual, muntah dan sakit kepala (disebabkan penggunaan ubat bius dan prosedur pembedahan).
g. Luka lambat sembuh.
h. Risiko bekas luka pada rahim pecah pada kehamilan seterusnya,jika jarak kehamil terlalu dekat.
i. Kematian ( jarang berlaku.Bagi pembedahan uang dirancang,kadar kematian sangat rendah iaitu hanya enam dalam 100,000 pembedahan manakala kematian akibat
pembedahan kecemasan lebih tinggi iaitu 18 dalam 100,000 pembedahan bersalin).
j. Mengehadkan saiz keluarga.Doktor menetapkan wanita bersalin secara pembedahan hanya 3 kali.Bagaimanapun ada kes boleh 4/5 kali pembedahan.
k. Luka lambat sembuh.
Risiko pada bayi:
a. Kecederaann ketika dilahirkan.
b. Perlu penjagaan khas diunit penjagaan rapi.
c. Paru-paru tak matang,disebabkan kesilapan pengiraan tarikh jangkaan kelahiran.
d. Bayi tidak dapat perlindungan yang diperolehi melalui bersalin normal.
penjagaan

Bagi wanita bersalin melalui pembedahan mereka perlu banyak berehat.Mereka juga perlu berehat daripada melakukan kerja berat.Untuk mempercepatkan proses penyembuhan mereka perlu banyak bergerak..Lebih banyak bergerak dan berjalan luka pembedahan lebih cepat sembuh kerana ia meransang aliran darah ke seluruh badan,termasuk diperut. Semasa dalam pantang bagi wanita yang bersalin pembedahan, biasanya tidaklah berbengkong dengan ikatan begitu kuat/ ketat. Ikan haruan merupakan menu yang biasa juga diambil bagi mempercepatkan sembuhan jahitan diperut.Pengambilan makanan tambahan seperti protin turut diambil.Apa-apa hal segala nasihat dari doktor dalam menjaga kesihatan ibu lepas bersalin adalah panduan yang perlu diikuti.Artikel ini ditulis kadar panduan saja.Oh ya teringat dengan rakan sekerja yang akan bersalin pembedahan bagi anak ke limanya.Selamat bersalin Pn. Suraini, jaga diri selepas bersalin.Saat menuggu bersalin secara pembedahan; ingatan yang selalu datang secara automatik difikiran,selamat ke aku!,kadang-kadang terlintas ada umur ke tidak? kalau ada gangguan operasi bagaimana?;umpama lampu traffic dijalan raya ke? seribu macam bermain difikiran.Banyak bersabar, tawakal, beristifar dan berdoa mohon kepada yang Maha Esa mudah-mudahan semuanya selamat.Selamat melahirkan anak merdeka kepada bakal-bakal ibu dan ibu-ibu yang akan melahirkan anak merdeka pada 31 Ogos.Yang tempah pembedahan nak anak kelahiran 31 Ogos lagi hebat!….Jadi Tanggal 31 August lah……. seruan…….. Merdeka!Merdeka!Merdeka.

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Terurai!…

Filed Under (Peringatan) by abib on 31-07-2009

Tagged Under : , ,

Rasa penat menguruskan satu kejadian kemalangan jalan  raya keretaku. Ianya amat tercabar dan menyakitkan hati; apa taknya keputusan laporan yang dibuat dibalai polis trafik memutuskan orang yang melanggar kereta aku telah bersalah.Maka kereta aku dimasukkan ke bengkel yang dapat dirayu oleh penunggu2 bengkel kereta untuk mendapatkan bisnes mereka.Lalu kereta yang tak berdosa diwadkan dibengkel si pesalah yang melanggar kereta ku.Dengan rasa begitu yakin atas apa yang dimaklumkan  oleh taukeh bengkel bahawa kereta aku akan dibayar oleh pihak insuran yang melanggar keretaku, tiga hari tak dijenguk hal kereta kesayangan tu.Selepas 3 hari aku diminta membayar segala kos atas kereta yang telah dibaiki.

Maka melentinglah aku. Perdebatan berlaku. Cuba anda fikir, Sipelanggar ada Rotex 1 tahun  tapi tak ada insuran? rupa-rupa di atas jalan raya ada juga orang ada rotex( 1 tahun pulak tu) tapi tak ada insuran. Siapa yang patut dipersalahkan,Puncanya dari mana? Bila di ajukan pada pihak insuran yang menguruskan insuran itu takut nak jawab? chek kat JPJ sahih ada insuran,samapi aku kena bayar RM20.00 untuk keluarkan maklumat hitam putih?Maklumlah dah jadi kes polis.Bengkel dengan kepala batunya lagi-lagi nak duit dari aku suruh bayar kos yang dianggarkan hampir RM 2000 lebih! boleh tahan, lainlah kalau aku tak bersalah bolehlah aku membayarnya kerana itu adalah satu tanggungjawab yang mesti semua orang akan sempurnakan di atas perjanjian termaktub.

Dipendedekkan cerita sipesalah adalah seorang yang tak kisah, pendek kata kureng tanggungjawab atas apa yang berlaku.Tak mahu aku celoteh panjang tentang orang ini,Kes yang mudah dibereskan kadangkala menjadi besar, maka timbulkan repot merepot antara aku dengan taukeh bengkel dan menyebut sabit kesalahan orang yang melanggar.Rasa tertekan dipihak yang tak bersalah datang secara automatik, repot  dibuat di balai Polis K.Ketua bagi pihak Polis yang menjaga  di kawasan K terpaksa menashati pihak taukeh bengkel supaya mengeluarkan kereta aku, perdebatan berlaku,Tak setel lagi.Tak usahlah aku cerita suasana tegang tu? hingga lewat petang setelah penat tanpa hasil, aku meninggalkan Balai Polis kawasan K dan juga Kawasan bengkel di mana kereta aku di baiki.Setelah cukup rehat esoknya aku mengambil keputusan berbalik semula di Balai Polis Trafik di mana laporan kemalangan dibuat dengan bertujuan untuk berjumpa dengan srjn yang membuat  laporan sewaktu kejadian .Malangnya srjn cuti.Lalu aku membuka mulut meminta izin dari seorang polis dibahagian hadapan khidmat pelanggan unutuk berjumpa pegawai atasan. Allahamdulillah niat baik untuk menyelesaikan kes berjalan lancar.Atas keperihatinan pegawai yang menjalankan tugasnya, menyatakan kebenaran memang dipihak aku, mengikut undang-undang, sah-sah aku tak bersalah kenapa aku perlu bayar? Maka terbongkarlah semuanya satu persatu. Syukur segala masalah berakhir pada hari itu.

Di  sini suka aku nak peringatkan kepada kawan-kawan jika mengalami kemalangan, beberapa perkara perlu di ambil kira.

1.Jika kita tak bersalah, kerosakan kereta kita yang ditanggung oleh pihak insuran pesalah pastikan pesalah ada insuran kereta.Kerana telah berlaku terhadap diri aku orang ada rotex dijalan raya 1 tahun tapi tak ada insuran. Ingatkan taukeh bengkel jika insuran tak ada apa pasal nak buat keja. Tak tunggu ajester ke? Nak dapt bisness sangat lah tu sampai tak boleh berfikir dengan baik.

2.Pihak insuran kenapa berani sangat orang tak abis bayar premium kasi cover note hingga dapat ambil rotex; agaknya pegang atas janji 2 / 3 hari akan bayar akhirnya si penjanji lesap.Kau terjadi kes masing-masing gelabah.Takut di tuduh kes penipuan ,datang juga kau bayar premium berbaki.

Boleh kongsikan cerita anda yang dasyat menguruskan kereta yang telah terlibat di dalam kemalangan.

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin