29
Jun
bowling
Filed Under (sport) by abib on 29-06-2009
Tagged Under : Main bowling, Main bowling di Skudai Prade, Skudai Prade
Bowling Style – The best bloopers are a click away
Petang itu tak tahu ke mana nak pergi bagi memenuhi masa yang terluang, kawan ku mengajak aku untuk bermain bowling. Aku memilih tempat operasi di Skudai Prade kerana ketika itu hari Ahad, nak ajak ke Angsana biasanya sangat crowd.Aku memang tak beberapa gemar dengan suasana begini. Keadaan bersesak adalah tidak sesuai bagi kesihatanku sebenarnya. Di gelanggang permainan hati terdetik heh! betul ke aku nak main ten pin kerana dah agak lama meninggalkan permainan ni, aku pun tak pandai main bowling kerana di sekolah aku bukan seorang pemain bowling. Pengalaman bermain bowling aku rasai ketika aku menjalani kursus induksi di Batu Pahat untuk kenaikan gred pekerjaanku Wah dah lah lama aku tak melakukannya, belasah aja, tanpa melakukan aktiviti regangan dan kelonggaran. oh ya!…, adalah terbaik sebelum melakukan sesuatu aktiviti adalah wajar memberi persedian awal kepada diri kita. Selain persediaan mental dan fizikal, kita juga perlu melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular. Aktiviti regangaan dan kelonggaran perlu dilakukan terlebih dahulu. Aktiviti regangangan yang dilakukan akan meningkatkan fleksibiliti dan menggerakkan sendi-sendi pada julat pergerakan yang optimum. Aktiviti ini juga akan memantu mengelakkan kecederaan pada otot, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan suhu otot. Semua pengetahuan yang sedia ada biasanya kita abaikan atau buat lupa.Begitu juga dengan aku, mungkin kami tergesa-gesa, maklumlah kawan aku ni dalam situasi membajetkan masa takut terlajak masa dan pilot bas pasti akan tinggalkan aja dia. Sekarang ini otot tangan dan kaki sakit, nasib ada tukang urut!…so pada games itu aku beri kawan aku menang tau! walau pada mulanya aku leading. Aku kasi kawan aku menang pun ada sebab? Agak-agak kau orang boleh teka kenapa? . Peringatan untuk pengemar bowling bermain lah dengan teknik yang betul.Lain kali kalau aku nak main games bowling, aku perlu pasang strategi kena buat rujukan cara bermain bowling yang betul. Memuji tak lah, kawan aku ni sebenarnya tahu bermain bowling dengan ilmu yang betul, maklumlah kat sekolah dulu pemain bowling. Tentu jurulatih yang mengajar dia hebat. Nanti bila ilmu bowling aku dah penuh aku akan berbowlingl semula dengan kawan aku ni. Insallah ada rezki dan panjang umur pasti berjumpa lagi. Peringatan untuk 2 orang rakanku adik Akram dan abang Kulai maaf lupa nama!, lepas buat post jangan lupa index page kat Stumble!… Digg… Negaraku!.. Eh dah bertwit, Jom Bersiul Girang Bersama Twitter! P/s: untuk anak-anak jangan suka bersiul,tok mak kata tak baik.
