Jan
Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet.
Filed Under (Education) by abib on 25-01-2010
Tagged Under : Kepentingan Minisite dalam Pemasaran Internet, keyakinan produk atau perkhidmatan melalui laman Minisite, laman Minisite, Minisite pemasaran internet, tambah duit melalui laman Minisite
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite?
Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.Namun demikian, tahukah kita laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet adalah laman web yang berkonsepkan minisite?
Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet.Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.Mengapa perkara ini dikatakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja.Oleh itu minisite sangat bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja.Memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.
Inilah peluang menerangkan produk/perkhidmatan dengan jelas dan tepat. Jika belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka perkara ini amat dicadangkan untuk kita segera membina laman web berkonsepkan minisite. Boleh kita gunakan laman minisite ini untuk mendapatkan senarai prospek, menghasilkan jualan, memberi produk untuk didownload.Untuk tindakan yang segera tanpa ragu-ragu,apa kata sila ke URL berikut untuk maklumat lanjut dan penerangan percuma.
No related posts.

contents mantap.okey .
okey, thanks atas kata-kata ikhlas anda