Guru
Hari Guru 2009 peringkat sekolah
SMKBBU,JB 18 Mei 2009 –Suasana meriah pada pagi itu terserlah dengan kecerian tergambar pada wajah pelajar dan guru-guru. Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada guru mereka.Hari guru tahun ini disambut meriah dengan bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”.
Tepat jam 7.20 pagi,semua pelajar berkumpul di dalam Dewan Perdana PIBG sekolah menunggu ketibaan guru dengan paluan kompang dan bunga manggar.Acara pagi itu dimulakan dengan bacaan doa.
Majlis diteruskan dengan pembacaan Perutusan Menteri Pelajaran,Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan tidak ketinggalan pengetua sekolah yang dihormati iaitu
Pn.Hjh.Fuziah Dawam memberi ucapan beliau.
Acara kemuncak Hari Guru ialah ikrar guru diikuti nyanyian ‘Guru Malaysia’, nyanyian lagu Tema Hari Guru oleh guru-guru SMKBBU.Seterusnya Acara memotong kek Hari Guru dilakukan oleh Pn.Pengetua bersama guru-guru Penolong Kanan. Pengawsan juga menyampaikan hadiah KEBIRUS kepada guru-guru.
Pada pukul 8.30 pagi, acara persembahan guru diteruskan berupa nyanyian disampaikan oleh 3 orang yang bersuara merdu.. Jam 9.30 pagi laluan rehat di beri kepada guru-guru dan para pelajar.Jam 10.00 pagi acara beralih ke padang sekolah, dengan acara sukaneka di sertai oleh para guru dan bebarapa orang pelajar.
Pada pukul 11.30 pagi, acara diteruskan dengan persembahan pelajar berupa nyanyian, persembahan string okestra dari bekas pelajar SMKBBU, tarian dan lakunan. Penyampaian hadiah juga diberi kepada guru-guru yang berjaya di dalam acara yang disertai mereka. Sambutan Hari Guru 2009 diakhiri dengan jamuan tengah hari.
Ps: sememangnya hari guru perlu disambut bagi mengingati jasa guru yang sanggup berkorban untuk melahirkan anak bangsa yang berwawasan dan bercita-cita tinggi.
‘Sesungguhnya Guru Ibarat Lilin, Membakar Diri Untuk Menerangi Orang lain’















