kiriman
Peranan ibu bapa
Genarasi pelajar yang cemerlang sahsiah dan akademik bermaksud disamping mempunyai pemikiran yang intelektual merekajuga tinggi budi pekerti dan adab sopan.Hal ini menunjukkan,mereka bukan sahaja mampu membicarakan perihal ilmu dunia seperti fizik, kimia dan biologi bahkan berupaya memberi hujah-hujah yang bernas mengenai ilmu agama disamping mempunyai akhlak yang terpuji. Kateria-kateria sebegini sudah tidak wujud lagi dalam diri pelajar.Jestru ibu bapa perlu mengambil peranan dalam menyemarakkn nilai-nilai terpuji dalam diri pelajar.
Ibu bapa wajib memberi didikan agama secukupnya kepada anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, Anak wajib diberi ilmu agama seperti solat, berpuasa, mengaji dan adap sopan dalam kehidupan.Tidak ada agama yang mengajar pengikutnya sesuatu keburukan.Dengan pegangan agama, anak-anak akan menjadi lebih displin,lebih bertanggungjawab dan lebih menjaga kehormatan dirinya dan seterusnya dapat membentuk pelajar yang lebih cemerlang sahsiahnya.
Selain itu ibubapa juga perlu menjadi contoh teladan baik buat anak-anak.Sekiranya ibu bapa mengamalkan sikap bersopan santun,berbudi bahasa,menghormati orang lain, secara outomatik anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapanya.Faktor persekitaran yang harmoni juga dapat membentuk sahsiah anak yang lebih sempurna. Ini menunjukkan kepimpinan melalui teladan amat diperlukan dalam mendidik anak-anak yang tinggi sahsiah. Jesteru, ibu bapa perlulah bersikap baik dan mulia supaya dapat di contohi anak-anak mereka.
Dalam bidang akademik pula, ibu bapa berperanan seperti menyediakan keperluan atau kemudaahan yang mencukupi atas kehendak pembelajaran anak-anak.Jika ibu bapa berupaya sekira anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran tunjur ajar hendaklah diberikan, jika tidak ibu bapa boleh memberi galakan supaya anak-anak ada kumpulan belajar, dari kumpulan mereka dapat berbincang pada perkara-perkara yang tidak difahami.Anak-anak juga hendaklah diterapkan nilai tidak lokek ilmu.Sikap pemurah dalam memberi ilmu hendaklah diamalkan.
Disamping itu anak-anak perlu diajar oleh ibu bapa sikap menghormati guru-guru.Dengan menghormati guru anak-anak akan mendapat keberkatan dalam pelajaran Seterusnya mendapat ilmu yang diberkati dan berjaya dalam pelajaran.Ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak sikap mengenang jasa guru.
Untuk membentuk sahsiah yang tinggi, anak-anak perlu juga diajar ke majlis-majlis ilumu,ceramah dan agama..Selain dapat menambah pengetahuan, anak-anak akan dapat mempelajari suasana bersosial dan tanggungjawab masing-masing dalam melahirkan individu cemerlang akademik dan sahsiah.
Kesimpulannya, ibu bapa memikul tanggungjawab yang amat penting dalam melahirkan anak-anak yang bergelar pelajar-pelajar cemerlang dari segi sahsiah dan juga akedamik.Oleh itu ibu bapa perlu ada ruang waktu untuk mendidik anak-anak.Di sini ibu bapa bertanggungjawab di atas amanah yang diberi terhadap anak mereka.Sikap bagai aur dengan tebing dapat menjamin keberkesanan sesuatu usaha yang dijalankan..
hasil nukilan:
Pelajar 4 ST1
