Sedia prippp……

Filed Under (health) by abib on 06-02-2010

Tagged Under : , , , , ,

Belari…. terus belari tapi jangan lari….

Sebelum belari dan terus lari…….. fuhhhhhhh

Mampukah seseorang berlari untuk jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang rendah atau sederhana?Untuk mendapatkan seseorang itu boleh belari berulang alik tanpa henti dalam tempoh tertentu (2 jam)? Jika individu itu berupaya berbuat demikian,.Ini menunjukan individu itu mempunyai daya tahan kardiovaskular yang tinggi.Jika seseorang itu belari dalam keadaan tercungap-cungap maka dikatakan daya tahan kardiovaskular rendah.lalu untuk mempertingkatkan daya tahan ini,  individu itu  perlu mengamalkan aktiviti-aktiviti tertentu bagi mempertingkatkan keupayaan jantung.

Daya tahan kardiovaskulay ialah keupayaan jantung,salur darah dan sisstem respirratori untuk membekal oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti rendah dan sederhana.Untuk melakukan sesuatu latihan kecergasan fizikal yang berterusan tanpa berasa lesu sistem kardiovaskular dan sistem respiratori perlu efisien.

Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular beberapa latihan seperti berjalan pantas, berjogging, berbasikal, berenang dan senamrobik boleh dilakukan.Menggunakan alat kecergasan tertentu seperti cycle ergometer dan treadmil juga dapat meningkatkan daya tahan dardiovaskular.Alatan ini bisanya boleh didapati di gimnasium.Jika mampu dari segi ekonomi kita boleh juga meletakkannya di rumah.

Sebelum melakukan sebarang latihan/aktiviti,Kita perlulah terlebih dahulu melakukan persediaan tertentu.Pilih pakaian dan kasut yang sesuai.Lakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan.Aktiviti ini akan menyediakan jantung, otot-otot dan sendi untuk bekerja.Kemudian lakukan latihan/aktiviti secara progresif mengikut kemampuan diri kita.Melakukan latihan/ aktiviti yang intensif secara mendadak boleh mencederakan otot.Ia juga boleh mengakibatkan jantung terganggu fungsinya.

Esok jam 7.30 pagi satu acara Larian UDA bagi pelajar-pelajar akan diadakan .Sedia dan bersedia jangan tak berlari tapi jangan lari.Tips-tip yang diberi sebagai panduan untuk persedian diri.Yang baik dijadikan teladan.Yang …. tinggalkan beribu kilometer.

InfoKecergasan:
24 jam jantung berdenyut lebih daripada 100,000 kali.,mengepam 7000 liter darah melalui jarak beribu kilometer di dalam salur darah.

Purata denyutan jantung dalam keadaan rehat ialah 60 hingga 80 denyutan perminit.Semasa melakukan aktiviti yang lasak, kadar denyutan jantung bertambah.Dalam keadaan ini banyak karbon dioksida dihasilkan oleh sel-sel dalam tubuh.

RedditTwitterFacebookDiggMySpaceTumblrGoogle ReaderGoogle GmailShare

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin