Jan
Bangkit ubah sikap…
Filed Under (Education) by abib on 31-01-2010
Tagged Under : bangkit ubah sikap, Kenali potensi, potensi diri

Untuk anak didikku dan ingatan buat diri ku, aduh sudah hampir 3 tahun aku tidak mengajar subjek opsyenku.aku kena membina diri ku semula dengan mengulangkaji setiap syllabus yang nak diajar agar apa yang disampaikan dapat diterima dengan sebaik mungkin.Ada sahabat yang menyergah wah kena study baliklah kak? Begitulah nampaknya balasku.
Oh ya sepanjang sebulan mengajar apa yang nak ditegur adalah sikap pelajar terhadap kerja yang diberi kepada mereka untuk di buat di rumah.Apa yang dapat di kaji setelah menanda kerja-kerja mereka, pelajar membuat kerja-kerja yang diberi umpama melepaskan batuk di tangga.Tiada kesungguhan dalam member jawapan pada soalan yang diberi.Dok main jawab seolah-olah sesuka hati sesungguhnya dirasa seperti asal aku buat kerja dan kemudian dihantar pada guru.Padahal soalan tak susah mana. semuanya berkaitan dengan apa yang telah dipelajari.Rujukan untuk mencari jawapan terbentang ada dalam simpanan masing-masing.so…
Bagaimana nak menjadi seorang pelajar yang berjaya/ individu yang berjaya? setiap individu yang berjaya itu mempunyai imaginasi yang cemerlang. Bina imej-imej kejayaan di dalam minda. Di dalam hati, sematkan kepercayaan yang tinggi bahawa kejayaan itu akan dicapai walau apa jua halangan.Jadi mengapa untuk cemerlang di dalam subject tertentu kita acuh tak acuh dalam melaksanakan tugasan yang diberi.Banyak alasan yang diberi,sedangkan segala kemudahan yang diberi oleh kerajaan dan yang disiapkan oleh ibubapa anda sendiri mencukupi. Oleh itu ingatlatlah anak-anak didikku; kekadang kekecewaan terasa sangat dihati, bila menyemak hasil kerja anda.Lepas ni diharap tidak ada lagi yang akan mengecewakan hati sendiri dan sesiapapun.
Kata perpatah ini diharap dapat menyedarkan buat anak didikku dan diriku sendiri. “Bukan mudah untuk berjaya, tetapi lebih sukar jika gagal dalam kehidupan”. Untuk itu sama-sama kita renungkan.Selepas ini apa yang aku harapkan buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan hasilnya memberi sinar buat kemajuan diri dan mereka yang disayangi. Inatan ikhlas…
